CORETAN LILY SI CHUBBY

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Wednesday, February 24, 2010

I am Moving

Salam Blogger!!

Saya dah berpindah ke kediaman baru saya dialamat http://www.lilysichubby.blogspot.com/

reason saya berpindah adalah saya gatal tangan telah merosakkan belog lama saya punya setting...no longer ada layout die kuar template which is takde banyak pilihan..paham tak saya merepek aper ni??? hik hik hik..

actually saya dah ter revert setting template saya kepada classic template...tak boleh 'undo balik dah...uwaaa sebab tu saya moving to my new house (domain)

okay yer...yang sudah mempolo me...polo la me balik kat sini ya http://www.lilysichubby.blogspot.com/

..bye...tata titi tutu...

Salam 1 Malaysia!!

Sunday, February 21, 2010

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.







1. Berkongsi tanggungjawab


Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.


2. Pasangan teman teristimewa


Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.





3. Rancang masa depan

Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.




4. Komunikasi yang baik


Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.


5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan


Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.


6. Mengukuhkan kewangan


Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.


7. Selesaikan konflik


Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.


Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.


8. Hubungan seks


Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.




9. Tabah & sabar


Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.






10. Santai bersama


Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Aku sudah tidak perlu berlecak armpit!!!

hye hye hye...

ni sebenarnya post yang sudah lama di peram...baru skang nak diluakkan...sebab aku dah malas tengok die kat draft...

23 Januari lepas aku dengan bangganya sehingga segala lubang hidong aku kembang telah selamat ...

bukan selamat melangsungkan perkahwinan ya tu citer aku dah post dah...ni citer pasal aku dah selamat konvo...hik hik hik...

BBA (Hons) Finance...menatang ni la yang buat aku berlecak armpit...menyudahkannya...aku buat part time sambil keje sambil belaja...finally aku dah selamat konvo...

yang menghadirkan diri masa konvo tu adalah my mom,mom in law,pa in law,sis in law and last but not least my beeelooooooooved hubby..the one and only Mohd IzmiAzrul...

aku citer brief jerk la ye...sebagai kenang2n...

VENUE : PICC PUTRAJAYA
TIME : 08.00 AM - 06.00 PM (Acara mula kul 2 petang tapi kene mai awal sebab ada rehearsal) awai tak pasukan aku mai???...cian diorang...

yang bestnyer ni le first time aku dapat teddy bear dari encik hubby yang tak lomantika langsung itu...erm itu pon mesti die beli sebab tengok owang lain sume beli kan kan kan hubby??? aisyehmen...gurau jerk tau bie...jangan majuk ek...

ni aku sediakan gambar yang tak seberapa ni untuk tontotan kowang...yang tak nak tengok sudah totop mata!!! hik hik hik..





chumel tak teddy bear tu...yang besar tu hubby hadiahkan...yang cinonet tu adik yang hadiahkan...dalam kuntuman bunga tu ada three little cute bears...so cute...




oleh kerana Allahyarham Senator Ismail telah kembali ke rahmatullah maka prof ni yang gantikan tempat Allahyarham..


hehe...ada pengalaman yang best gile2 masa konvo tempoh hari...my hubby,my mom,my mom in law & me ada buat project memunggah makanan...makanan yang disediakan soodap tempat cantik tapi takde tempat duduk...makan atas lantai...aisyehmen...